BREAKING NEWS

The life of a child soldier in Congo

Aidil Zafuan Diperintah Bayar RM 30,000 Kepada Rita Rudaini Sebagai Tuntutan Mutaah

Posted on Rabu, Oktober 07, 2015 and filed under . You can follow any responses to this entry through theRSS 2.0 . You can leave a response or trackback to this entry from your site

Bekas suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan Abdul Razak, 28, telah diperintahkan membayar RM 30,000 kepada pelakon itu sebagai mutaah, iaitu 10% dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000.

Hakim Syarie, Mawardi Che Man membuat keputusan itu selepas berpuas hati plaintif, Rita Rudaini layak membuat tuntutan tersebut.

Lapor Sinar Harian, Mawardi berkata dalam penghakimannya, mahkamah menilai dua perkara iaitu kemampuan defendan dan keadaan serta keperluan Rita.

Mahkamah memutuskan penceraian yang berlaku bukan berpunca daripada keaiban isteri.

Sehingga diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), plaintif tidak pernah disabitkan dengan kesalahan nusyuz walaupun defendan telah memfailkan perintah kembali taat namun ia ditarik semula.

Begitulah keputusan mahkamah terhadap siri tuntutan nafkah mutaah Rita Rudaini, 39, terhadap bekas suaminya. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4.

SUMBER

0 Responses for “ Aidil Zafuan Diperintah Bayar RM 30,000 Kepada Rita Rudaini Sebagai Tuntutan Mutaah”

Leave a Reply

Recently Commented

Recent Entries

Photo Gallery